fb fb fb fb fb

Maklum kepada balai polis berhampiran sebelum tinggalkan rumah

KUALA LUMPUR, 29 April- Penduduk Kuala Lumpur yang akan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung berhari raya disaran memaklumkannya di balai polis berhampiran.

Individu tersebut boleh mengisi borang yang disediakan di setiap balai polis bagi memudahkan anggota polis melakukan perancangan rondaan di kawasan perumahan terlibat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya akan mengadakan rondaan bagi mengurangkan risiko kejadian jenayah seperti pecah rumah semasa musim perayaan.

"Kepada mereka yang akan meninggalkan rumah supaya dapat memberikan maklumat kepada pihak polis dengan mengisi borang,

"Borang boleh diperolehi secara online, boleh diisi dan kita harap mereka print dan kembalikan ke balai berhampiran supaya info dan soalan ditanya dalam borang akan dapat dilaksanakan oleh balai berhampiran supaya aturan lawatan dan rondaan dapat dikemaskini dengan lebih baik," katanya,

(Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim)

Datuk Azmi turut memaklumkan hanya 10 peratus pegawai dan anggota Polis Kuala Lumpur dibenar bercuti sempena Aidilfitri kali ini manakala selebihnya perlu bertugas seperti biasa.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian beg 'goodies' kepada pemandu yang pulang ke kampung berhari raya di Plaza Tol Jalan Duta.

Media Baharu