fb fb fb fb fb

Ekspres Khas Keluarga Malaysia, 82 peratus terjual

(Keadaan penumpang terkawal dan mematuhi SOP di Stesen KL Sentral)

KUALA LUMPUR, 29 April- Sebanyak 82 peratus daripada 1,392 tiket yang ditawarkan KTMB melalui Ekspres Khas Keluarga Malaysia sudah terjual, setakat semalam.

Tren khas itu akan memulakan perjalanan pertama 11 malam ini sebagai alternatif untuk rakyat pantai timur pulang ke kampung tanpa kesesakan jalan raya.

Beliau berkata, bagi jumlah keseluruhan, sebanyak 154,526 atau 63 peratus tiket kereta api sempena Aidilfitri bagi pelbagai perkhidmatan tren terjual bagi perjalanan 23 April sehingga 8 Mei.

"Bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) sebanyak 130,361 tiket atau 82 peratus bagi 82 perjalanan terjual.

"Manakala sebanyak 3,751 tiket atau 85 peratus bagi ETS tambahan (KL Sentral-Padang Besar) terjual.

"Bagi perkhidmatan antara bandar pula sebanyak 19,268 tiket atau 24 peratus terjual manakala bagi Ekspres Khas Keluarga Malaysia (KL Sentral-Tumpat) 1,146 tiket atau 82 peratus terjual.

"Tren khas sempena Aidilfitri bagi perjalanan Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat yang akan bermula malam ini mendapat sambutan menggalakkan dah habis dijual sepenuhnya.

"Oleh itu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah tiga lagi koc superior yang boleh menempatkan seramai 180 orang penumpang lagi, dan kini hanya tinggal 246 tiket bagi perjalanan dari Tumpat ke KL Sentral sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program KTMB Edar Pek Hari Raya Kepada Keluarga Malaysia di KL Sentral di sini, hari ini.

Sebanyak 500 pek mengandungi biskut raya, sampul dan baucar promo menaiki ETS bernilai RM5 diagihkan kepada penumpang ETS.

Sementara 500 lagi kepada penumpang perkhidmatan KTM Komuter yang pulang ke kampung.

(Wee Ka Siong mengedarkan Pek Hari Raya Kepada Keluarga Malaysia di KL Sentral di sini, hari ini).

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin.

Ka Siong berkata, inisiatif KTMB menyediakan tren khas kepada pengguna di Pantai Timur bagi memberi peluang kepada mereka untuk menaiki kereta api pulang ke kampung.

"Diharap perkhidmatan tren khas ini akan diteruskan setiap kali musim perayaan dalam usaha kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam selain dapat mengelakkan kesesakan di jalan raya.

"KTMB juga menawarkan dua perkhidmatan ETS tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dari 29 April sehingga 8 Mei menjadikan kini terdapat sebanyak 34 perjalanan sehari," katanya.

Media Baharu