fb fb fb fb fb

Majlis Rumah Terbuka Labuan, platform permuafakatan komuniti

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Labuan, Azman Sipan

LABUAN, 4 Mei- Permuafakatan antara komuniti menjadi tunjang semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, khususnya di Labuan.
 
Perkara itu diterjemahkan menerusi penganjuran Program JIWA Komuniti MADANI sambutan rumah terbuka Aidilfitri peringkat komuniti Labuan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Labuan.
 
Pengarahnya, Azman Sipan berkata penganjuran program itu mendapat kerjasama pelbagai pihak, antaranya Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Labuan, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Dan Komuniti MADANI Zon Labuan.
 
Beliau berkata, sambutan majlis itu dihadiri hampir 500 komuniti termasuk ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat.
 
"Kita bergabung tenaga untuk mengadakan sambutan hari raya peringkat komuniti di Wilayah Persekutuan Labuan. Pagi tadi, kita bergotong-royong bersama-sama untuk memasak pelbagai jenis lauk."

"Malam ini, kita menjemput seluruh jawatankuasa komuniti di Labuan ini, juga pemimpin-pemimpin setempat dan ketua-ketua jabatan untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat komuniti di Wilayah Persekutuan," kata Azman kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri berkenaan.
 
Tambah beliau, penganjuran Program JIWA MADANI di peringkat Labuan mempunyai keistimewaannya tersendiri yang mana bermatlamatkan untuk menyatupadukan dan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara pelbagai lapisan masyarakat.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM