fb fb fb fb fb

300 penduduk terjejas banjir Kota Tinggi

Foto RTM

KOTA TINGGI, 4 Mei-Jumlah penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi melonjak kepada 300 orang, setakat pukul 8.00 malam tadi.

Ia membabitkan seramai 69 buah keluarga yang ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Seri Dr. Azmi Rohani berkata, angka tersebut meningkat berbanding 88 orang penduduk terjejas, daripada 22 buah keluarga, direkodkan pada pukul 4.00 petang tadi.

"Kawasan yang terjejas melibatkan Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur di Parlimen Tenggara.

"Mereka yang terjejas, kini berlindung di PPS SK Bukit Lintang, yang beroperasi sejak pukul 12.30 tengah hari tadi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Hussin Zamora berkata, fenomena banjir berlaku disebabkan hujan lebat berterusan, sejak pukul 8.00 pagi hingga pukul  1.00 tengah hari tadi.

Pemandu kenderaan digesa mengambil langkah berjaga-jaga, khasnya ketika menggunakan Jalan Kota Tinggi-Kluang, yang turut dilaporkan digenangi air.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD