KUALA LUMPUR, 25 Mac- Majlis pecah tanah bagi pembinaan masjid di Jalan Masjid India akan diteruskan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan sederhana telah diambil dalam menangani isu itu dan pada masa sama meminta pihak tertentu supaya berhenti mempolemikkan isu berkenaan.
"Untuk memimpin, mesti tegas dalam hal-hal sedemikian. Jangan zalim, jangan aniaya, jangan robohkan, tapi jangan tidak lakukan apa-apa.
"Kawasan-kawasan amalan di situ, masjid-masjid berdekatan, sesak. Perlu ada tempat baharu. Jadi, sebab itu saya akan teruskan untuk meletakkan batu asas masjid pada 27 haribulan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
BERITA BERKAITAN:
- Isu perpindahan kuil: Semua pihak diminta tenang dan jaga sensitiviti agama-Dr Zulkifli Hasan
- Isu kuil Jalan Masjid India: Penyelesaian harmoni dicari
- DBKL jadi pemudah cara, pastikan urusan perpindahan kuil diselesai dengan baik
- Asas penubuhan negara perlu difahami, pacu kemakmuran negara
- Kekalkan perpaduan, jangan mudah melatah dan membuat spekulasi
- Bersama kita perkukuh perpaduan demi keharmonian negara