fb fb fb fb fb

MAIPs sediakan kaunter zakat pandu lalu

Kaunter zakat pandu lalu di 10 buah masjid perintis sekitar Perlis

KANGAR, 28 Mac- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengambil inisiatif dengan mewujudkan kaunter zakat pandu lalu kata Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Sebanyak 10 buah masjid menjadi perintis pelaksanaannya antaranya Masjid Negeri Arau, Masjid Alwi,Masjid Al-Istiqamah Kampung Teluk Jambu, Masjid Al-A’la Behor Temak dan Masjid Sirajuddin Padang Pauh yang bermula sejak 25 Mac.

Mohd Nazim berkata, kaedah itu lebih mudah terutamanya bagi mereka yang bekerja atau mempunyai urusan di luar yang tidak sempat singgah di masjid untuk membayar zakat.

"Kaedah pembayaran zakat pandu lalu ini dilihat lebih cepat, mudah, menjimatkan masa serta teratur."

"Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis tahun ini ditetapkan asebanyak RM 7.00 bagi yang menggunakan beras tempatan, manakala bagi yang menggunakan beras import iaitu Bukan Spesial Tempatan maka kadar Fitrah adalah sebanyak RM10.00," katanya di sini.

Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, maka kadar pengeluaran ialah sebanyak Satu Gantang Nabawi seorang bersamaan 2.6 kilogram.

Selain kaedah pandu lalu ini, pembayaran secara biasa kepada amil di masjid turut disediakan sepertimana kelaziman selain pembayaran secara dalam talian.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI