fb fb fb fb fb

MAH harap Belanjawan 2023 fokus pemulihan sektor perhotelan

PORT DICKSON, 24 Februari - Belanjawan 2023 diharap memberi fokus kepada pemulihan sektor perhotelan termasuk pelancongan dari dalam dan luar negara.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata kelumpuhan sektor perhotelan ketika pandemik COVID-19 memberi kesan kepada pemain industri itu sehingga ke hari ini.

"Kita harap insentif yang diberikan seperti insentif untuk geran ada, geran geran ini untuk bidang perhotelan yang diberikan, kalau kita buat aktiviti, kalau kita hendak ke luar negara buat promosi jadi, kita dapat rebat , jadi kalau katakan kita belanja RM1,000 Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)akan beri balik 50 peratuslah," kata Haziz di sini.

(Haziz ketika bercakap kepada pemberita RTM)

Beliau juga yakin sektor perhotelan antara yang akan diberi perhatian menerusi Belanjawan 2023 Malaysia Madani yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang ini.

Peruntukan itu dapat memberi kesan jangka panjang yang positif kepada industri perhotelan dan secara tidak langsung bakal merancakkan ekonomi negara.

Media Baharu