fb fb fb fb fb

MAFI, KPDNHEP diminta bentang kajian lengkap bekalan makanan negara

 (Datuk Seri Mustapa berkata MAFI, KPDNHEP diminta bentang kajian lengkap
bekalan makanan negara)

PUTRAJAYA, 22 Ogos- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diminta membentangkan satu kajian yang holistik berkaitan hala tuju bekalan makanan negara.

Anggota Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia meliputi kajian berkaitan strategi pertanian pintar, kegunaan tanah bagi tanaman padi, bekalan daging dan harga ikan kembung yang semakin meningkat

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata jawatankuasa itu telah mendengar pembentangan daripada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berkaitan kajian terhadap lima barang makanan iaitu kubis, ikan kembung, sawi, rumusan bayi dan daging.

“Sudah bentang (kajian), tapi kita cuma cadang supaya kajian ini daripada perspektif KPDNHEP perlu digabungkan dengan MAFI.

“Umpamanya pertanian pintar dan berkaitan dengan padi, usaha perlu dilaksanakan untuk memastikan kawasan penanaman padi tidak merosot,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Jihad Tangani Inflasi ke-12 di sini.-BERNAMA

(Datuk Seri Mustapa dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan
Jihad Tangani Inflasi ke-12)

Media Baharu