fb fb fb fb fb

Labuan bersedia hampir 100% hadapi PRU-15

(Foto fail)

LABUAN, 22 Ogos- Tahap kesiapsiagaan mengahdapi Pilihan Raya Umum Ke-15 telah mencapai 90% di Labuan, meski tarikh Pilihan PRU-15 masih belum pasti.

Ini termasuk senarai pusat mengundi yang dijangka bertambah di Labuan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.166 Labuan, Tuan Yusup Mohamad berkata walaupun jumlah pengundi bertambah susulan pelaksanaan umur kelayakan pengundi berusia 18 tahun, pihaknya yakin ia masih dalam jumlah yang dapat dikawal.

"Ini sudah tentu bila jumlah pengundi bertambah maka ia akan melibatkan pusat mengundi yang bertambah.

"Namun pertambahan ini kita semak mampu ditampung dengan kapasiti sekolah yang ada bawah kawalan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan," kata Tn. Yusup yang juga Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan.

Beliau ditemui pemberita ketika menjadi tetamu program Bicara Ekslusif di LABUANfm di sini.

Tambahnya, melalui taklimat awal SPR Julai lalu, aliran keluar masuk dan penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard COVID-19 juga akan dilaksanakan, dengan penempatan petugas khas Jabatan Kesihatan di tempat-tempat mengundi.

(Tuan Yusup ketika ditemui wartawan selapas menjadi tetamu program Bicara Ekslusif
di LABUANfm)

Media Baharu