ALOR SETAR, 20 Mei - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Keluarga Malaysia atas bantuan pemberian RM1,200 sepanjang dua musim keseluruhan tanaman padi kepada golongan pesawah.
MADA dalam satu kenyataan menyebut, langkah kerajaan menyalurkan bantuan tersebut dapat meringankan beban pesawah sementara menunggu hasil tuaian mereka.
Bantuan itu juga membuktikan keprihatinan kerajaan Keluarga Malaysia dalam mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden dan dinamik.
(Kerajaan menyalurkan bantuan RM1,200 sepanjang
dua musim keseluruhan tanaman padi kepada golongan pesawah)
Disamping menjadikan negara lebih kompetitif sebagai pengeluar utama makanan, sekali gus menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu jentera pertumbuhan ekonomi negara.
MADA akan terus memacu permodenan sektor pertanian dalam meningkatkan jaminan dan keselamatan makanan serta menjana pendapatan lebih tinggi dan menarik lebih ramai generasi muda.
Di Kawasan Muda terdapat seramai 57,635 peladang mengusahakan sawah seluas 100,658 hektar di dalam pentadbiran 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA.