fb fb fb fb fb

RM4.6 juta diperuntuk bagi pembinaan baharu dan baik pulih rumah veteran ATM

(Kpl (B) Mohamad Sahil Mat Said bersama isteri Rubiah Abd Rahman serta anak-anaknya di hadapan rumah baharu mereka/BERNAMA)

JELEBU, 20 Mei - Sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) tahun ini bagi projek pembinaan baharu dan baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad, kos berkenaan melibatkan 250 unit rumah.

(Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad ditemu bual selepas Majlis Serah Kunci Rumah-Bina Baharu Menerusi Inisiatif Perumahan Veteran ATM di Kampung Sarin, Kuala Klawang)

"Rumah projek pertama kita berjaya buat 28 unit rumah bina baharu 200 lebih baik pulih. Projek ni terbahagi kepada dua, satu baik pulih satu bina baharu," kata Dzulkarnain ketika ditemui di Majlis Serah Kunci Rumah-Bina Baharu Menerusi Inisiatif Perumahan Veteran ATM di Kampung Sarin, Kuala Klawang, di sini.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) turut memberi subsidi sebanyak RM20,000 bagi pembinaan setiap unit rumah baharu.

"Alhamdulillah insiaitf terbaik sebab SPNB bersama rasa elok dibuat banyak kali lagilah memang cantik anak-anak saya pun suka memang luas memang terbaik alhamdulillah," Penerima KPL (B) Mohamad Sahil Mat Said.

Media Baharu