fb fb fb fb fb

Kerajaan komited hapus jurang pembangunan antara semenanjung, Sabah

KOTA KINABALU, 20 Mei- Kerajaan terus komited menghapuskan jurang pembangunan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kewujudan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol bakal mengubah seluruh kawasan di negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Pada masa sama, Kerajaan juga terus komited untuk melabur dalam bidang pendidikan dengan cara membaiki dan membina semula sekolah daif di kawasan pedalaman Sabah.

Saya difahamkan Kementerian Pendidikan telah mengamanahkan 113 sekolah daif di Sabah kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan JKR Sabah sebagai agensi pelaksana untuk menaik taraf sekolah-sekolah itu dengan kos RM1.02 bilion," katanya ketika berucap melancarkan siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

(Datuk Seri Ismail Sabri berucap melancarkan siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sabah di SICC)

Tambah beliau, harapan kerajaan persekutuan adalah supaya Sabah dan Sarawak turut bersama-sama menikmati pembangunan pesat seperti yang di rasai negeri-negeri lain.

Media Baharu