KUALA LUMPUR, 9 November- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Pada minggu ini, bank pusat berkenaan melaksanakan operasi harian untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan melaksanakan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM39.10 bilion daripada RM31.82 bilion pada akhir minggu sebelumnya.
Bagi sistem Islam, lebihan mudah tunai melonjak kepada RM20.50 bilion daripada RM20.40 bilion sebelumnya.
Setakat 7 November, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA