fb fb fb fb fb

Keharmonian kaum perlu diwarisi dan diteruskan - PM

KOTA KINABALU, 20 Mei - Kepelbagaian etnik di Sabah tanpa mengira sentimen agama serta bangsa mencerminkan semangat dan aspirasi sebenar konsep Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui sifat keterbukaan rakyat Sabah yang diwarisi sejak zaman berzaman terbukti dipegang teguh dalam memupuk keharmonian hidup masyarakat negeri di bawah bayu itu.

Malah kepelbagaian budaya yang mewarnai kehidupan masyarakat di Sabah juga mampu membentuk sebuah keluarga besar yang cekal mengharungi cabaran bersama.

(Datuk Seri Ismail Sabri berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia
Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah)

"Saya bangga melihat kepelbagaian etnik di Sabah yang boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen agama dan bangsa. Inilah semangat sebenar Keluarga Malaysia yang kita mahu tekankan," katanya ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini.

Dalam ucapannya, Ismail turut menyuarakan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melihat Sabah sama-sama menikmati pembangunan pesat seperti negeri-negeri lain.

"Bagi memastikannya mampu direalisasikan Kerajaan akan terus komited melaksanakan pembangunan di negeri ini termasuk mewujudkan rangkaian Lebuh Raya Pan Borneo yang kini sedang dalam pembinaan," katanya.

Ismail berkata, Turut diberi tumpuan antaranya dalam bidang pendidikan dengan memfokuskan kepada kerja membaik pulih dan membina semula 113 sekolah daif di Sabah dengan peruntukan RM1.02 bilion.

Media Baharu