fb fb fb fb fb

MABES, entiti milik penuh MAG berkuat kuasa 1 Mei

KUALA LUMPUR, 3 Mei - Perkhidmatan Kejuruteraan MAB (MABES) telah menjadi entiti milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG), berkuat kuasa 1 Mei 2023.

MABES telah diletakkan bawah bidang kuasa pusat keuntungan perkhidmatan penerbangan, yang bertanggungjawab menyelia kargo, pengendalian darat dan operasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), serta akademi latihan kumpulan itu.

Langkah tersebut sejajar Pelan Perniagaan Jangka Panjang (LTBP) 2.0 MAG iaitu bertujuan memenuhi aspirasinya untuk menjadi kumpulan perkhidmatan pengembaraan dan penerbangan terkemuka di Asia.

Pengarah Urusan MAG, Kapten Izham Ismail berkata penyusunan semula MABES membolehkan pihaknya bersaing dengan baik selain menerajui pertumbuhan perniagaan MRO di Malaysia.

Media Baharu