KUALA LUMPUR, 3 Mei - Langkah-langkah konsisten perlu diambil bagi memastikan kepentingan pekerja terjamin dan pasaran pekerja terus kukuh.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, Mohammad Rizan Hassan berkata, proses advokasi dan rundingan berterusan; kunci kepada manfaat bersama.
Keamanan industri dan produktiviti yang tinggi adalah lebih berkesan dan lebih kekal dalam menaikkan upah pekerja.
(FOTO FAIL)
Tegasnya, pendapatan pekerja yang bertambah harus seiring peningkatan produktiviti bagi mengelak risiko kerugian kepada syarikat dan pelabur, juga kemungkinan pekerja hilang pekerjaan.
Kemahiran golongan belia juga perlu dipertingkat agar kebergantungan terhadap pekerja asing dapat dikurangkan.
Beliau berpandangan Insentif Kerjaya Madani 2023, antara platform terbaik dalam menangani isu pengangguran ketika ini.