
SEPANG, 16 Januari – Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) M Ravi dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA baharu, pada Jumaat.
- ACP M Ravi dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA baharu menggantikan SACP Azman Shari'at.
- Beliau menyeru rakan media kerjasama dan menyiarkan berita sahih, serta sahkan maklumat meragukan bersama polis.
- Pelantikan disaksikan Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dan pegawai kanan IPD KLIA.
- Datuk Shazeli yakin pengalaman dan kepimpinan M Ravi mampu teruskan kecemerlangan dan penambahbaikan di IPD KLIA.
Beliau menggantikan Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SACP) Azman Shari’at yang dinaikkan pangkat bagi menjawat Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) di Bukit Aman.
M Ravi berharap hubungan strategik antara PDRM dan rakan media akan diperkukuhkan demi kepentingan keselamatan awam.
“Saya berharap rakan-rakan media dapat memberikan kerjasama dan menyiarkan berita yang sahih. Sekiranya terdapat maklumat yang meragukan, saya mohon agar disahkan terlebih dahulu dengan pihak polis sebelum disiarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Daerah (IPD) KLIA yang disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dan pegawai kanan serta warga polis IPD KLIA.
Sementara itu menurut Datuk Shazeli Kahar, pengalaman serta keupayaan kepimpinan ACP M Ravi diyakini mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan dan penambahbaikan di IPD KLIA.
“Ini demi menjaga kenteteraman awam khususnya kompleks dan Terminal KLIA, Saya juga seru masyarakat bersama membantu Ketua Polis Daerah baharu agar dapat beri pencapaian dan perkhidmatan kepada semua.
“Ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi satu amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab dan keihklasan,” katanya.