fb fb fb fb fb

LRA Sungai Limau mula beroperasi seperti biasa

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau/Foto SADA

BALING, 31 Januari- Kerja-kerja penukaran Kayu Baffle di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau, Baling telah siap dilakukan dan kembali beroperasi seperti biasa, hari ini.

Sebelum ini kerja-kerja penukaran tersebut menyebabkan gangguan melibatkan 7,000 akaun pengguna di Daerah Baling, Kedah, sejak Isnin lalu.

Perkara itu disebabkan operasi LRA Sungai Limau dihenti tugas bagi memberi laluan kepada penukaran Kayu Baffle di loji berkenaan.

Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dalam kenyataan memaklumkan, pengguna terkesan akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat.
 
"29 Januari lalu, 7,000 akaun pengguna di beberapa kawasan di Pak Bong, Relau, Rambong, dan Kuala Pegang dalam Daerah Baling mengalami gangguan bekalan air.
  
"Penukaran kayu Baffle tersebut merupakan salah satu skop kerja di dalam komponen Projek Menaiktaraf LRA Sungai Limau yang sedang berjalan bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah," katanya dalam kenyataan itu.
 
Bagaimanapun SADA telah menggerakkan bantuan penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki ke kawasan-kawasan terjejas sepanjang tempoh pembaikan tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI