fb fb fb fb fb

Lori terbabas masuk gaung, pemandu parah

FOTO FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

MERSING, 11 Disember- Seorang pemandu lori cedera parah selepas lori yang dipandunya terbabas dan masuk ke dalam gaung sedalam 15 kaki di sini, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di Jalan Nitar berhampiran sebuah stesen minyak pada pukul 5.45 pagi.

Sehubungan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing digegaskan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati seorang lelaki, 30, tersepit dan mengalami kecederaan parah.

Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll, Anuar Hussine.

SITI AISHAH BINTI MD ISA