fb fb fb fb fb

Lonjak jenama tempatan, usahawan perlu tambah baik teknologi automasi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 November- Peruntukan RM40 bilion oleh kerajaan merupakan peluang besar bagi usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk berkembang maju.

Justeru, usahawan perlu bersedia daripada segi dokumentasi dan penambahbaikan teknologi automasi.

Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia, Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor, menyatakan bahawa langkah tersebut penting untuk memenuhi permintaan pasaran luar serta melonjakkan jenama tempatan.

"Penggunaan mesin canggih harus menekankan aspek makanan, seperti pelabelan, pembungkusan, dan reka bentuk yang lebih menarik.

"Automasi perlu dipertingkatkan dalam proses pembungkusan; jika pembungkusan plastik kelihatan biasa, reka bentuknya harus lebih menarik agar produk dapat menembusi pasaran yang lebih luas.

"Teknologi retort (makanan sedia dimakan) yang tersedia kini merupakan salah satu peluang automasi terbaik," katanya kepada pemberita dalam satu program terbitan RTM.

Tambah beliau, sistem automasi serta pendigitalan, termasuk invois dan aplikasi terkini, adalah penting dalam usaha IKS untuk bersaing di pasaran global.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM