KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menerima perolehan lima kapal tempur pesisir (LCS) pada 2029 disebabkan tempoh masa pembinaan lima kapal itu dilanjutkan sehingga 83 bulan.
Naib Pengerusi PAC Parlimen Wong Shu Qi berkata tarikh itu selepas tempoh masa pembinaan LCS dilanjutkan berbanding kontrak asal iaitu pada 2022.
"Sebagai langkah penambahbaikan, PAC Parlimen mengesyorkan enam perkara kepada kerajaan untuk dilaksanakan seperti berikut, Kementerian Pertahanan (MINDEF) perlu memastikan pelaksanaan pelan mobilisasi mengikut syarat yang telah ditetapkan dengan kapal pertama LCS disiapkan pada Mei 2024 dan diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026.
"MINDEF perlu memastikan kontraktor pembinaan menyiapkan reka bentuk terperinci sepenuhnya termasuk mendapat kelulusan daripada Naval Group sebelum Ogos 2024 seperti yang terkandung dalam SA, Kerajaan hendaklah memastikan pengambilalihan BNS oleh Ocean Sunshine Bhd. mencapai matlamat asal pelaksanaannya," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini.
Keseluruhan projek pembinaan lima kapal LCS itu perlu dipastikan siap dan diserahkan kepada TLDM mengikut tempoh dan kos yang telah dipersetujui dalam SA 6.
(Wong Shu Qi)