fb fb fb fb fb

Lima Jalur Gemilang gergasi hiasi lebuh raya kendalian PROLINTAS

(Polis bantuan PROLINTAS memasang Jalur Gemilang di Plaza Tol Elmina,
Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE))

KUALA LUMPUR, 31 Ogos- Lima Jalur Gemilang bersaiz gergasi turut dipasang pada tiang tinggi di lima lokasi; Plaza Tol Dato' Keramat di AKLEH, Plaza Tol Elmina di GCE, Plaza Tol Alam Impian serta Plaza Tol Sungai Blak dan Plaza Tol Sungai Ramal di Kajang SILK.

Selaku pengendali lebuh raya terbesar di Lembah Klang, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) mengambil inisiatif dengan memasang 455 Jalur Gemilang di sepanjang lebuh raya hingga 16 September depan.

Menurut Azmee Nin, Pengurus PROLINTAS, "Empat jajaran lebuh raya kendalian PROLINTAS iaitu Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Sistem Lingkaran Lebuh raya Kajang (Kajang Silk).

"Selaku syarikat konsesi lebuh raya terbesar Lembah Klang, menjadi tanggungjawab kami untuk menghidupkan perayaan Bulan Kebangsaan meskipun dengan kaedah yang masih bersederhana selari peralihan ke fasa endemik COVID-19 dan norma baharu." tambah beliau dalam satu kenyataan.

PROLINTAS juga mengadakan beberapa aktiviti menarik seperti trivia berkaitan sambutan kemerdekaan tahun 2022, siri kad pos yang memaparkan keunikan, warisan dan mercu tanda setiap negeri di Malaysia.

Tidak ketinggalan peraduan 'PROLINTAS Hidden Flags' yang diadakan sepanjang Ogos dan September menerusi akaun Instagram dan laman Facebook rasmi PROLINTAS.

Lima penyertaan terpantas dengan jawapan tepat akan dipilih sebagai pemenang setiap minggu.

(Jalur Gemilang dipasang di sekitar Pejabat Operasi Plaza Tol Sungai Balak,
Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (Kajang SILK))

Media Baharu