fb fb fb fb fb

LIMA’25 : Kementerian Komunikasi pastikan capaian internet pada tahap lebih memuaskan

Datuk Fahmii merasmikan Kempen Jelajah Internet Selamat Zon Utara di SekolaH Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi Kedah.

LANGKAWI, 19 Mei -Capaian internet di beberapa lokasi penganjuran LIMA’25 akan dipastikan pada tahap lebih memuaskan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi syarikat telekomunikasi telah memasang beberapa peralatan penggalak untuk meningkatkan capaian internet sepanjang acara berlangsung.

Sebuah pusat pemantauan komunikasi juga dibuka di tapak pameran.

Beliau berkata, capaian internet perlu berada di tahap yang lebih dari memuaskan agar tiada isu mengenai capaian internet di kalangan pengunjung yang hadir.

Perkara mengenainya dinyatakan beliau dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Jelajah Internet Selamat Zon Utara di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN