Lelaki maut kemalangan di Jalan Kuantan-Gebeng

Kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kuantan-Gebeng

KUANTAN, 28 Februari – Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kuantan-Gebeng, di sini awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kematian disahkan oleh Kementerian Kesihatan, mangsa dikenali sebagai Muhammad Khairul Hakimi Zulkipli, 30 tahun.
  • Kemalangan melibatkan dua kereta, sebuah lori dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
  • Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
  • Mayat diserahkan kepada polis, tiga pemandu lain dilaporkan selamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria dalam kenyataan memaklumkan, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa Muhammad Khairul Hakimi Zulkipli, 30 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan membabitkan dua jenis kereta, sebuah lori dan sebuah kereta pacuan empat roda. Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa masing-masing daripada tiga kenderaan dilaporkan selamat,” menurut kenyataan itu.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota bersama jentera segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.35 pagi.