fb fb fb fb fb

Lelaki maut, 4 cedera kemalangan di Tanjung Batu

JBPM SARAWAK

BINTULU, 15 September- Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di jalan menuju Pantai ABF, Tanjung Batu, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, mangsa yang maut dikenali sebagai Ansam Anak Maja, 39 tahun, tersepit di bahagian pemandu kereta sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Empat mangsa lain dalam pacuan empat roda terdiri daripada dua dewasa serta dua kanak-kanak berusia empat dan dua tahun mengalami kecederaan di kepala dan kaki.

Mereka dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Operasi dikendalikan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dengan dua jentera dan sembilan anggota melibatkan kerja menyelamat serta pembersihan tumpahan minyak di jalan raya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 8.46 malam dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

SITI AISHAH BINTI MD ISA