SIMUNJAN, 2 Jun- Seorang lelaki berusia 53 tahun tahun maut tersepit selepas kereta yang ditumpangnya terjunam ke dalam gaung di Kampung Batu Kepit Bukit Punda malam tadi.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan, Adam Sulaiman, enam anggota bomba dikerah masuk ke dalam gaung sedalam 30 meter itu untuk mengeluarkan mayat yang tersepit lebih sejam.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai, Richman Nyawan disahkan minggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
Bagaimanapun pemandu kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.