fb fb fb fb fb

Lebih RM67 juta peruntukan BMT bagi pekebun kecil Sabah

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KOTA BELUD, 27 September - Lebih RM67 juta peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) akan disalurkan kepada pekebun kecil di Sabah yang terkesan akibat cuaca tidak menentu, sepanjang tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan disalurkan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) itu memberi manfaat kepada 84,534 penerima terdiri pekebun kecil dan penoreh getah.

Daripada jumlah itu, seramai 3,746 penerima di bawah seliaan RISDA, manakala 80,788 penerima di bawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Bantuan disalur menerusi empat peringkat, bermula November depan bagi meringankan beban kehilangan pendapatan sepanjang musim tengkujuh.

Datuk Dr Ahmad Zahid berucap merasmikan Program RISDA MADANI (PRISMA) Sabah 2025 di Kota Belud.

Dalam program ini, Yayasan RISDA menyerahkan sumbangan berjumlah RM73,000 kepada 600 penerima terkesan bencana banjir dan tanah runtuh baru-baru ini.

RISDA juga melancarkan logo baharu yang melambangkan aspirasi transformasi agensi tersebut selepas lebih lima dekad penubuhannya.

ROSLINA BINTI DIN