fb fb fb fb fb

BUDI MADANI, sedia tambah kapasiti untuk pelaksanaan berjalan lancar

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 27 September - Kerajaan bersedia menambah kapasiti sistem bagi memastikan pelaksanaan subsidi petrol RON95 dibawah inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) berjalan lancar.

Langkah itu bagi menampung sebarang lonjakan trafik pengguna.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerjasama dengan Touch ‘n Go Digital membolehkan lebih 30,000 transaksi seminit dilakukan berbanding hanya 3,000 seminit melalui sistem SARA sebelum ini.

"Tapi dengan Touch & Go dan Touch & Go Digital khususnya yang menguruskan server, mereka boleh menguruskan lebih 30,000 transaksi seminit, jadi kalau kita kira jumlahnya agak besar dalam tempoh satu hari.

"Jadi kita akan pastikan dulu hari ini, esok dan sekiranya perlu kita buat apa-apa adjustment, terutama dari segi bandwidth untuk server, itu dapat kita persiapkan menjelang 30 hari bulan" katanya selepas melancarkan Kempen Malaysia, JomPACT! dan Program Jangkauan Belia WWF-Malaysia di Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu, di sini, hari ini.

Sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300,000 anggota tentera dan polis hari ini.

Inisiatif BUDI95 dilaksanakan secara berperingkat dengan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mula menikmatinya pada 28 September, diikuti warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif mulai 30 September depan.

Trainee