fb fb fb fb fb

Peranan imam dan guru agama penting dalam penyatuan ummah

Program Himpunan Agamawan Madani peringkat Zon Utara di Yayasan Al Huffaz, Kampung Kuala Ketil, Baling

BALING, 27 September - Golongan agamawan termasuk imam masjid, pemimpin masyarakat, guru agama serta guru bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diseru untuk berganding bahu memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat.

Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perpaduan adalah asas penting dalam memastikan agenda kerajaan dapat direalisasikan. Justeru, peranan agamawan dilihat signifikan dalam menyampaikan mesej penyatuan rakyat.

“Sasaran kita sama ialah agamawan terdiri daripada guru-guru daripada KPM, guru-guru agama bawah JAKIM, guru KAFA, imam dan bilal masjid serta penceramah agama JAKIM.

"Saya harap program ini menjadi pemangkin untuk pelbagai pihak menyusun program dengan matlamat yang sama iaitu mencipta dan memperindah perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Menerusi kepelbagaian yang ada, kita bersatu atas nama Islam dan juga sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas menghadiri Program Himpunan Agamawan Madani peringkat Zon Utara di Yayasan Al Huffaz, Kampung Kuala Ketil, Baling.

Program Himpunan Agamawan Madani akan diteruskan di beberapa lokasi lain iaitu Besut, Terengganu; Pagoh, Johor; dan Kota Kinabalu, Sabah.

2709 KDH HIMPUNAN AGAMAWANPenasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE