fb fb fb fb fb

KPT perkasa bantuan pendidikan tinggi, fokus B40

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyaksikan persembahan pencak silat ketika hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek MADANI POLYCC di Kampung Batu 8, Bendang Siam hari ini / BERNAMA

TAIPING, 27 September - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bantuan kepada pelajar miskin akan terus diperkukuh tanpa mengira bangsa dan latar belakang.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, keutamaan diberikan kepada anak sulung daripada keluarga B40 bagi memastikan peluang menyambung pengajian di universiti tidak terhalang kerana kekangan kewangan.

Beliau menambah, pelajar daripada keluarga miskin yang bukan anak sulung juga turut dibantu melalui tabung sedia ada termasuk Yayasan Perdana Siswa (YPS).

“Itu pun kita bantu melalui tabung-tabung sedia ada, contohnya Tabung YPS, Yayasan Perdana Siswa. Kita akan mencari mereka dan memberi bantuan supaya dapat melanjutkan pengajian. Bantuan ini tidak mengira latar belakang kaum atau bangsa, yang paling penting mereka datang daripada keluarga susah. Siapa pun mereka, kita akan tetap hulurkan bantuan,” katanya.

Menurut Datuk Seri Dr Zambry lagi, usaha itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyantuni pelajar kurang berkemampuan agar mereka tidak tercicir daripada arus pendidikan tinggi.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Projek MADANI POLYCC di Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE