fb fb fb fb fb

Lebih RM355,000 lagi diperlukan bawa pulang jemaah haji Asmah Mansor

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar

PUTRAJAYA, 14 November -Lebih RM355,000 lagi diperlukan untuk membawa balik pulang jemaah haji negara Asmah Mansor, 71 tahun yang kini sedang berjuang melawan penyakit Pneumonia di Mekah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan berkata, setakat 13 November lalu lebih RM144,000 dana berjaya dikumpul.

Beliau berharap rakyat Malaysia turut sama menyumbang dan memperoleh sebaik-baik ganjaran Allah SWT daripada sedekah jariah yang dilakukan.

"Seluruh rakyat Malaysia diajak bersama-sama membantu dengan menyalurkan sumbangan ke Tabung Musaadah JAKIM-YWM bagi menjayakan misi itu yang menelan kos RM500,000," katanya menerusi kenyataan itu.

Asmah Mansor sempat menyempurnakan rukun Islam kelima namun terpisah daripada keluarga dan terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan (ventilator) di hospital Makkah. 

"Kos membawa pulang jemaah yang kritikal dengan kelengkapan perubatan khas adalah sangat tinggi," katanya lagi.

 

TETITIA YUSOFF