fb fb fb fb fb

Lebih 800 jualan terus dari ladang ditawar sehingga akhir tahun

SELAYANG, 29 Julai- 420,000 pengguna disasarkan mendapat manfaat nilai penjimatan pembelian keperluan harian sekurang-kurangnya 5% hingga 10% daripada harga pasaran menerusi Program Khas Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) di sini hari ini.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razali berkata ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit antara produk terpilih yang dijual dalam program khas itu.

"Dan setakat ini kita ada 420 program iaitu dari Jun sehingga sekarang and hingga Disember kita akan adakan 800 lebih program jualan murah sebagai menyahut seruan kerajaan bagi membantu ketersediaan bekalan. Nampak sikit ada minyak masak, harga berpatutan. Konsep ini adalah terus kepada pengguna daripada pengeluar di kawasan-kawasan yang senang dikunjungi," kata Zainal Abidin kepada wartawan.

JTDLKM juga selaras dengan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi mengatasi cabaran peningkatan kos sara hidup Keluarga Malaysia.

(Datuk Zainal Abidin di temu bual di Selayang)

"Selain itu, program bulanan edisi kali ini, JTDLKM membawakan produk usahawan dari negeri Kedah bagi menarik orang ramai untuk mendapatkan produk agromakanan, barangan dan makanan popular Kedah.

Program Jalinan Kerjasama Strategik Pendigitalan antara SSM dengan FAMA turut diadakan bagi memberi pendedahan dan peluang kepada usahawan menceburi penasaran digital.

Media Baharu