PUTRAJAYA, 21 Mac- Lebih 70,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2025 sebanyak RM250.
Menurut Kementerian Kewangan, sumbangan berkenaan bagi menghargai sumbangan besar mereka.
"BKKA itu akan disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Bantuan berkenaan mengambil kira keperluan perbelanjaan rakyat dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri.
"Peluasan asas hasil Kerajaan dalam penstrukturan semula kewangan awam telah memberi sedikit sebanyak ruang untuk berkongsi hasil negara secara saksama," menurut kenyataan tersebut.
BKKA itu tambahan daripada pengumuman BKKA 2025 kepada penjawat awam dan pesara hari ini oleh Perdana
Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.