fb fb fb fb fb

Lebih 500 jemaah hadiri Majlis Nisfu Sya’aban di Masjid Zahir

FOTO FAIL

ALOR SETAR, 14 Februari - Lebih 500 jemaah menghadiri Majlis Bacaan yasin dan doa sempena Nisfu Sya’aban Peringkat Negeri Kedah tahun 2025 Masihi bersamaan 1446 Hijriah, di Masjid Zahir, di sini, malam tadi.
 
Majlis bermula dengan solat maghrib yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir Syeikh Mohd Naim Ahmad.
 
Kemudian diikuti bacaan yasin sebanyak tiga kali memohon supaya dipanjangkan umur dalam kebajikan, dimurahkan rezeki yang halal dan dikurniakan kematian dalam iman yang sempurna. Majlis diakhiri dengan solat Isya’ berjemaah.
 
Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali; Exco Agama Negeri Kedah, Datuk Ustaz Azam Abd Samat; Mufti Negeri Kedah, Datuk Paduka Syeikh Fadhil Awang,  Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Datuk Dr. Abd. Ghani @ Zulkifli Zainuddin serta pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

TETITIA YUSOFF