fb fb fb fb fb

Lebih 30 NGO sertai Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Task Force Wisma Putra

PUTRAJAYA, 9 Februari- Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengadakan mesyuarat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Task Force Wisma Putra bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Lebih 30 NGO turut serta menerima taklimat daripada wakil Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul.

Taklimat tersebut berkaitan tatacara dan keperluan-keperluan mangsa yang terkesan bencana gempa bumi di Turkiye.

NADMA turut memaklumkan, penyelarasan itu perlu bagi memastikan pengurusan usaha murni rakyat Malaysia menghulur sumbangan berjalan lancar mengguna pakai mekanisme yang efektif.

(Gempa bumi di Turkiye)

Turut dikongsikan, perkembangan Misi SAR Pasukan SMART, NADMA di Turkiye yang ketika ini sedang melaksanakan aktiviti menyusun peralatan-peralatan khas yang dibawa dari Malaysia untuk digerakkan ke Ground Zero.

Media Baharu