fb fb fb fb fb

Pasukan pertama SAR tiba di lokasi bencana Gaziantep

SEPANG, 9 Februari- Pasukan pertama SAR yang digerakkan sudah sampai ke salah satu lokasi bencana di Gaziantep, Turkiye.

Datuk Armizan berkata, mereka terpaksa berhadapan beberapa cabaran yang agak besar di lokasi namun dapat dipermudah dengan bantuan pihak Disaster and Emergency Management Presidency (AFAD) Turkiye.

"Antara cabaran utama yang telah dihadapi oleh pasukan pertama antaranya adalah kesesakan di lapangan terbang dengan penyelarasan kemasukan masuk pasukan-pasukan bantuan yang lain begitu juga keadaan cuaca yang ekstrem dipahamkan di Gaziantep keadaan cuacanya suhunya di bawah paras beku -1 hingga -3 darjah celcius. Ini merupakan satu cabaran di kawasan yang ekstrem," ujarnya.

(foto fail)

Berita berkaitan:
Kumpulan kedua pasukan SAR berlepas ke Turkiye

Selain itu, cabaran faktor keselamatan geo-politik juga antara yang diberi perhatian berikutan kawasan bencana yang mempunyai pergolakan dalaman.

Media Baharu