fb fb fb fb fb

Lebih 10,000 benih ikan dilepaskan di Sungai Kinabunewa

LABUAN, 14 Jun- Lebih 10,000 benih ikan dilepaskan di perairan umum Sungai Kinabenuwa di sini, bagi memastikan kelestarian sumber perikanan khususnya para nelayan kecil di sekitar kawasan berkenaan sejak empat tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail berkata, perlaksanaan program itu memberikan manfaat kepada 564 nelayan aktif.

Benih ikan jenis siakap itu mengambil masa tempoh enam hingga lapan bulan untuk matang.
 
Selain itu, beliau memaklumkan Sungai Kinabenuwa merupakan lokasi yang sesuai kerana ekosistem yang terpelihara bagi proses pembiakan dan pembesaran benih ikan tersebut.

"Jabatan Perikanan akan membuat program inventori untuk melihat keberkesanan dan keberhasilan terhadap program yang diadakan. Setelah empat program diadakan, benih-benih ikan sebelum ini telah membuahkan hasil kepada nelayan," katanya kepada pemberita di perkarangan Jeti Perikanan Labuan.
 
Bagaimanapun, pada program itu sebanyak 2,500benih telah dilepaskan di sekitar kawasan berkenaan.
 
Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Faizal Ibrahim Suhaili turut hadir pada program itu.

(Rithuan Mohd Ismail)
 

Media Baharu