fb fb fb fb fb

Lebih 1,100 projek perumahan swasta sakit dipulihkan

Datuk Aiman Athirah Sabu (kanan)

KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Sebanyak 1,171 projek perumahan swasta sakit dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM113.55 bilion berjaya dipulihkan Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, kejayaan itu melibatkan 139,848 unit rumah yang dipulihkan sejak mesyuarat pertama TFST pada 2023

"Bagi tahun ini sahaja sehingga Jun lepas, TFST berjaya memulihkan 244 projek perumahan swasta melibatkan 27,101 unit rumah dengan GDV RM21.07 bilion.

"Sehingga 30 jun tahun 2025 ini, terdapat 5 projek terbengkalai melibatkan 887 unit rumah dengan nilai GDV berjumlah RM55.74 juta telah pun berjaya dipulihkan sepenuhnya melalui kaedah penyiapan sehingga memperolehi Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Parlimen.

Sehingga kini, TFST telah memantau sebanyak 233 projek perumahan swasta yang dikategorikan sebagai lewat, 360 projek sebagai sakit dan 109 projek sebagai terbengkalai di seluruh Malaysia.
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI