KUCHING, 6 Mac- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kuching petang tadi untuk lawatan kerja selama dua hari ke Sarawak.
Pesawat khas yang membawa beliau selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kira-kira pukul 5.30 minit petang.
Ketibaan Ahmad Zahid disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan
Pelabuhan dan Timbalan beliau, Aidel Lariwoo.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dijadual untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan KKDW bersama Kerajaan Sarawak bertempat di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini pada Selasa.
Beliau dijadual meneruskan lawatan ke Kota Kinabalu, Sabah pada sebelah petang.
(Ahmad Zahid tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching)