fb fb fb fb fb

Latihan penjawat awam, tingkat kecekapan tadbir urus

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 3 Januari- Semua penjawat awam termasuk pegawai muda perlu diberikan latihan dan peluang bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dalam masa beberapa tahun, keupayaan semua pegawai dapat mengatasi keupayaan konsultan yang sedia ada.

"Saya mahu mulai tahun ini, di kalangan penjawat awam yang muda itu diberikan pendedahan yang maksima, supaya dalam satu hingga dua tahun kita akan dapat melahirkan barisan kedua penjawat awam yang bukan sahaja dapat menyelami hasrat sepenuhnya MADANI, tetapi punyai kelatihan yang lebih cekap", katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025 dalam Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

ROSLINA BINTI DIN