fb fb fb fb fb

Laporan media asing berhubung isu pemotongan subsidi bahan api tidak beretika - PM Anwar

Datuk Seri Anwar menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama pemimpin masyarakat di Hotel The Light di sini, hari ini.

SEBERANG JAYA, 5 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan media asing berkenaan pemotongan subsidi bahan api disifatkan tidak beretika kerana belum ada keputusan muktamad yang dibuat di pe

Jelas beliau, walaupun ada perbincangan awal mengenai isu penarikan subsidi namun masih tiada keputusan muktamad mengenai tarikh pelaksanaannya.

"Saya mendapati kebelakangan ini, mungkin kerana pendirian kita terhadap politik yang tegas, maka media jiran dan antarabangsa terus menyerang dari segi berita yang negatif, umpamanya isu pembangunan kasino (di Johor)...ia tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah sampai ke maklumat saya tapi ia dijadikan isu panas.

"Kemudian isu penarikan subsidi diesel, walaupun ada perbincangan awal tapi tidak ada keputusan muktamad berkenaan tarikh pelaksanaan. Kaedahnya perlu diterangkan. Prinsipnya supaya ia tidak membebankan rakyat," katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama pemimpin masyarakat di Hotel The Light di sini, hari ini.

Beliau juga mengkritik laporan media asing berkenaan kerana memetik maklumat daripada sumber yang tidak boleh dipercayai.

"Kita terima prinsip kebebasan media tetapi ada etika berdasarkan fakta. Memetik maklumat perlukan daripada sumber yang boleh dipercayai. Perkara sebegini adalah soal dasar yang memerlukan kerajaan beri notis dan pengumuman," tambahnya.

Semalam sebuah akhbar berita asing melaporkan Malaysia bercadang melakukan pemotongan subsidi bahan api, sebagai sebahagian langkah reformasi ekonomi.

Laporan itu memetik sumber industri dan kerajaan yang mendakwa harga diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran dalam beberapa minggu pasca Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.

Ia juga mendakwa langkah itu akan disusuli peningkatan berperingkat harga runcit petrol.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI