fb fb fb fb fb

Lapor kegiatan ajaran sesat, jabatan agama segera ambil tindakan - Idris


SENDAYAN, 16 Februari - Orang ramai diminta untuk membuat laporan berkenaan sebarang kegiatan ajaran sesat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk diambil tindakan sewajarnya.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sejurus laporan diterima tindakan segera akan dilakukan bagi membendung kegiatan itu berlaku dengan lebih meluas.

Umat Islam turut dinasihat agar menimba ilmu agama melalui saluran yang betul.

"Di media sosial terlalu banyak ajaran sesat, kerana kita tahu media sosial tersebut berkemungkinan dari luar negara bawa ke sini tetapi terdapat perkara yang boleh kita kawal, kita serahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasat siapakah yang sebar.

"Jika yang melibatkan fizikal macam isu di Perak maka kita beritahu kepada Jabatan Agama Islam Negeri untuk bertindak," katanya.

Idris ditemui pada Program Multaqqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sembilan, di sini. Program bagi meraikan penggerak masyarakat di bawah agensi agama yang terlibat.

Lebih RM21 juta diperuntukkan kepada Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir di Negeri Sembilan tahun ini melibatkan 4,034 penerima.

Media Baharu