KOTA TINGGI, 10 Januari- Kota Tinggi menjadi daerah pertama terjejas banjir di Johor dengan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Setakat pukul 10.00 malam, seramai 355 penduduk terjejas dilaporkan, melibatkan 124 keluarga.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, dalam kenyataan memaklumkan, PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas menempatkan 18 penduduk.
"PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota 145 orang, dan PPS Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) (112), manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana (80)," menurut kenyataan itu.
Peningkatan paras air berlaku susulan hujan berterusan melebihi dua jam, di beberapa kawasan melibatkan kawasan Kampung Baru Sungai Mas, Taman Aman dan Taman Mawai.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat, paras bahaya, bagi beberapa daerah di Johor.