fb fb fb fb fb

Langganan 5G seluruh negara cecah 18.19 juta- Fahmi

Foto FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia adalah pencapaian terbaik dalam tempoh singkat dan merupakan langkah besar dalam usaha membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik untuk semua.

"Liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negara juga telah mencapai 82.4 peratus dalam tempoh berkenaan, sekali gus memperkukuh infrastruktur digital negara.

"Ia turut membuka lebih banyak peluang untuk inovasi, meningkatkan produktiviti serta membawa kebaikan buat rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Fahmi, ia merupakan antara perkembangan positif yang dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G hari ini.

Mesyuarat berkenaan turut meneliti dan memutuskan beberapa perkara khusus berkait hala tuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta rangkaian kedua diterajui U Mobile, yang akan diumum tidak lama lagi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM