fb fb fb fb fb

KYPJ bakal dinaik taraf kepada kolej universiti

KULAI,1 Oktober- Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) bakal menjadi sebuah kolej universiti dalam masa terdekat.

Permohonan sudah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, Mac lalu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dalam ucapan di Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ ke-13 berkata, langkah ini memberi nilai tambah kerana status kolej universiti membolehkan KYPJ menawarkan kursus asasi, program-program ijazah sarjana muda hingga peringkat ijazah sarjana.

Seiring itu, KYPJ sedang giat meningkatkan keupayaan infrastrukturnya dengan membina sebuah perpustakaan baharu lengkap dengan kemudahan terkini yang boleh memuatkan 900 pelajar.

Selain itu dua blok kolej kediaman dibina dengan kapasiti menempatkan 600 pelajar.

Ucapan beliau disampaikan wakil rasminya, Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, Norlizah Noh.

Seramai 3,014 graduan KPYPJ menerima sijil dan diploma masing-masing menerusi lima sesi bermula hari ini hingga 3 Oktober.

Graduan KPYPJ turut dinasihatkan agar mempelajari bidang-bidang baharu yang lebih kompeten bagi memenuhi pasaran kerja masa kini yang menjurus kepada kemahiran pelbagai bidang.

Mereka juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran komunikasi, penguasaan pelbagai bahasa, pemikiran kritikal dan analitikal serta ilmu Revolusi Industri 4.0.

Ini membolehkan graduan KPYPJ bersaing dengan lepasan insitusi pengajian tinggi awam dan swasta.

(KYPJ bakal dinaik taraf kepada kolej universiti)

Media Baharu