fb fb fb fb fb

Kumpulan pertama pekerja Bangladesh tiba di Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Ogos - Malaysia mula menerima kemasukan kumpulan pertama pekerja warga Bangladesh secara berperingkat bermula hari ini.

Ketibaan mereka disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia dan kumpulan pekerja tersebut akan bekerja untuk sektor pembuatan dalam negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan menyatakan kemasukan tersebut susulan Memorandum Persefahaman (MOU) Mengenai Penggajian Pekerja Warga Bangladesh yang telah ditandatangani oleh kedua-dua negara pada 19 Disember tahun lalu.

(Foto fail)

Dalam pada itu, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh juga telah mengesahkan menerima permohonan daripada 80 majikan tempatan melibatkan 6,000 warga Bangladesh bagi tujuan pekerjaan.

Justeru, bagi majikan yang telah membuat bayaran levi kepada Jabatan Imigresen Malaysia serta bercadang untuk mengambil pekerja warga Bangladesh, permohonan pengesahan dan dokumentasi boleh diajukan ke Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia.

Media Baharu