fb fb fb fb fb

Kumpulan kedua Pasukan SMART tiba di Istanbul

ISTANBUL, 10 Februari- Kumpulan kedua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) selamat tiba di Istanbul awal pagi Khamis.

Mereka merupakan pasukan tambahan yang akan membantu oeprasi mencari dan menelyamatakibat gempa bumi di negara terbabit.

Ketibaan pasukan penyelamat kedua di bawah seliaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu disambut Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal.

Jurukamera RTM dan dua petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut menyertai pasukan itu.

Pasukan berkenaan dijadual menaiki penerbangan kedua ke Gaziantep yang terletak 1,136 kilometer dari Istanbul.

(Pasukan SMART memulakan tugas di kawasan gempa)

Media Baharu