fb fb fb fb fb

KPDN perluas libat urus dengan pembekal bahan mentah dan peniaga

BATU PAHAT, 10 Februari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perluas libat urus kolaborasi bersama para pembekal bahan mentah dan para peniaga di seluruh negara bagi memastikan menu rahmah bertahan lama dalam usaha membantu golongan B40.

Menurut menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub libat urus mengenainya kini berada di peringkat akhir rundingan dan akan diumumkan minggu depan.

"Kalau kolaborasi sinergi itu dapat kita lakukan, maka saya yakin ia akan bertahan lama kerana melibatkan semua pihak yang faham berkenaan hasrat kita untuk menyantuni golongan-golongan yang memerlukan dengan menu rahmah ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Menu Rahmah di sebuah restoran di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Sebanyak 30 bantuan bakul rahmah turut diserahkan kepada golongan B40 di sekitar Parit Raja.

(Salahuddin Ayub)

Media Baharu