fb fb fb fb fb

Kulai dilanda ribut, 14 rumah rosak

(FOTO APM)

KULAI, 19 November- Sebanyak 14 rumah di Felda Bukit Permai, Kulai, Johor dikenal pasti terjejas akibat ribut pukul 8.30 pagi tadi.

Pemantauan berterusan dibuat Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Johor bagi mengenal pasti kawasan lain yang terjejas.

Menerusi maklumat Pusat Kawalan Operasi Daerah Kulai, laporan diterima pukul 8.50 pagi dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Sebuah pacuan empat roda, lima jaket keselamatan dan dua buah ‘throw bag’ turut dibawa semasa operasi.


(FOTO APM)


(FOTO APM)

Media Baharu