fb fb fb fb fb

Banjir Perak, 10 PPS masih dibuka

(FOTO APM PERAK)

IPOH, 19 November- Setakat pukul 12.00 tengah hari tadi jumlah penduduk terjejas banjir di Perak adalah seramai 869 orang daripada 246 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di lima daerah berbeza.

Dua PPS di daerah Manjung masih menempatkan 258 penduduk daripada 80 keluarga.

Selain itu, 230 penduduk ditempatkan di PPS SMK Layang-Layang Kiri, SK Layang Layang kiri dan SK Titi Gantong dalam daerah Perak Tengah.

Sementara itu, PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak di daerah Hilir Perak pula menempatkan 284 penduduk daripada 75 keluarga.

Manakala 51 penduduk masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak dan PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu di daerah Kerian menempatkan 72 penduduk daripada 24 keluarga.

PPS Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama pula menempatkan 25 penduduk daripada 8 keluarga.


(FOTO APM PERAK)

Media Baharu